Home » » Kesihatan : Tahukah anda air suam baik untuk kesihatan

Kesihatan : Tahukah anda air suam baik untuk kesihatan



“Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerebu melanda.Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.


Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam,"

Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.

Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.

Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.

sumber
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : StandardInternet | Info4tube | Info4tube
Copyright © 2013. info4Tube - All Rights Reserved
Template Created by Info4tube Published by Info4tube
Proudly powered by Blogger